suria

Cub Prix Perkenal Kategori Baharu

PETALING JAYA: Pencarian bakat sukan permotoran kini diteruskan dengan pengenalan kategori baharu pada pusingan keenam Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas yang akan berlangsung di Bandar Jasin Bestari, Jasin, Melaka hujung minggu ini.

Cabaran Yamaha NVX  yang diperkenalkan oleh Hong Leong Yamaha dan penganjur bakal menggunakan (motosikal skuter) yang baharu dilancarkan, Yamaha NVX 155 melibatkan penyertaan seramai 20 remaja.

“Perlumbaan ini menggunakan format serupa dengan dua perlumbaan satu pengeluar sedia ada.

"Pada masa sama pelumba-pelumba yang melepasi ujian pemilihan telah dipanggil menjalani satu sesi latihan kendalian Yamaha sebagai proses menyesuaikan diri dan dapat mengendalikan jentera ini dengan baik sewaktu di litar,” jelas Pengarah Safe Aim Mutual Sdn Bhd, Ron Hogg.

Dalam pada itu, Hogg mengakui ia landasan terbaik kepada remaja-remaja yang ingin menceburi bidang pemotoran.

“Pengenalan kategori ini juga menjadi satu lagi landasan untuk remaja belasan tahun mempamerkan kebolehan mereka dalam usaha untuk melahirkan lebih ramai pelumba muda berpotensi," jelasnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Pemilik Arsenal Dikecam

Artikel Lain