Kedah Rehatkan Pemain - Sukan | mStar

Kedah Rehatkan Pemain

KEDAH bakal melakukan pertukaran dalam kesebelasan utamanya ketika melayan kunjungan skuad Universiti Teknologi Mara (UiTM) bagi saingan Piala Malaysia di Stadium Darul Aman pada Selasa.

Pengendalinya Mohd Nidzam Adzha Yusof berkata, pertukaran itu dilakukan untuk merehatkan beberapa pemain utama bagi mengatasi keletihan selepas pulang dari Melaka.

Menurutnya, selepas menghadapi tujuh perlawanan melibatkan Liga Super dan Piala Malaysia dalam tempoh terdekat, pemain pastinya letih dan memerlukan rehat sebelum kembali membantu skuad hijau kuning.

"Kita mungkin akan rehatkan dulu Sandro Da Silva dan Ken Ilso Larsen dalam perlawanan kali supaya mereka lebih bersedia untuk perlawanan seterusnya.

"Jika terdapat pemain lain juga perlu direhatkan dalam perlawanan ini kita akan lakukan.

"Tanggungjawab mereka akan diberikan kepada pemain muda atau simpanan yang lain. Saya yakin mereka mampu memberikan yang terbaik buat Kedah.

"Ini kerana selepas menentang UiTM, kita akan bertemu Pahang dalam saingan Liga Super dan segala persiapan perlu dilakukan lebih awal," katanya kepada mStar Online.

Tambahnya, semua pemain utama ketika ini berada dalam keadaan baik tanpa mengalami kecederaan.

Mohd Nidzam selain itu menuntut pemain meneruskan rentak kemenangan dalam perlawanan kali ini.

Bagaimanapun jelasnya, pemain diingatkan supaya tidak memandang rendah kemampuan lawan dan sentiasa memberi perhatian sepanjang permainan.

Kedah , Liga Super , UiTM

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Rombakan Arsenal Tertangguh

Artikel Berkaitan

Artikel Lain