suria

Nemanja Matic Dedah Sebab Pilih Manchester United

NEMANJA MATIC mendedahkan sebab dia memilih Manchester United walaupun tidak mempunyai masalah untuk kekal di Chelsea selepas menjulang Piala Liga Perdana Inggeris.

Matic disahkan sebagai pemain ketiga dibeli United pada jendela pemindahan kali ini selepas menandatangani kontrak selama tiga tahun.

Selepas diperkenalkan sebagai pemain United, Matic mengaku memilih United kerana heronya pernah berkhidmat bersama kelab gergasi berkenaan.

Pemain berusia 28 tahun itu berkata, tindakan ke United adalah kerana ingin meniru Nemanja Vidic yang banyak berjasa di Old Trafford.

Vidic yang merupakan rakan senegara Matic adalah pertahanan ampuh United ketika di bawah bimbingan Alex Ferguson.

"Vidic adalah pemain yang hebat dan dia menjadi hebat di sini (Old Trafford). Ketika saya mula menyertai skuad kebangsaan dia adalah ketua pasukan.

"Saya akan lakukan yang terbaik untuk mengulangi apa yang telah dia lakukan. Saya sedar ia mungkin susah," katanya kepada MUTV.

Manchester United, Chelsea, Matic, Vidic

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Kedah Rehatkan Pemain

Artikel Lain