suria

Conte Cari Pengganti Matic

Danny Drinkwater.

CHELSEA kini meluahkan hasrat untuk mendapatkan khidmat Danny Drinkwater dari Leicester City selepas Nemanja Matic melengkapkan perpindahan ke Manchester United.

Matic menjadi pemain ketiga dibawa masuk Jose Mourinho ke Old Trafford pada musim panas ini.

Antonio Conte pula sudah mengikat Tiemoue Bakayoko dari Monaco tetapi pengurus kelahiran Itali itu masih mahu memantapkan jentera tengah Chelsea.

Menurut laporan Sky Sports, Drinkwater yang melakukan penampilan bersama skuad kebangsaan England tahun lalu menjadi sasaran utama Conte.

Drinkwater berada di King Power sejak 2012 dan membantu Leicester memenangi trofi Liga Perdana Inggeris dua tahun lalu.

Dia menandatangani kontrak baharu bersama The Foxes selama empat tahun pada musim panas lalu.

Meskipun Conte berminat untuk membeli pemain berusia 27 tahun itu, Leicester menegaskan Drinkwater bukan untuk dijual dan akan kekal bersama kelab tersebut pada musim panas ini.

Susulan itu, Chelsea mungkin terpaksa mencari beberapa pemain alternatif lain seperti Ross Barkley dari Everton dan pemain Arsenal, Alex Oxlade-Chamberlain.

Barkley dilaporkan bersedia meninggalkan Goodison Park dan mahu menyertai Tottenham Hotspur tetapi Spurs enggan memenuhi tuntutan gajinya.

Oxlade-Chamberlain turut dikatakan mahu meninggalkan Arsenal selepas tidak bersetuju dengan kontrak baharu di Emirates.

Antonio Conte, Chelsea

Artikel Sebelum

Rombakan Arsenal Tertangguh

Artikel Berikut

Artikel Lain