suria

Matic Akhirnya Milik United

MANCHESTER United akhirnya memuktamadkan perpindahan Nemanja Matic bernilai 40 juta pound sterling.

Pemain tengah Serbia itu menandatangani kontrak bersama Red Devils selama tiga tahun.

Matic kini bersatu semula dengan Jose Mourinho yang membawanya ke Chelsea pada 2014.

Dengan perpindahan Matic itu, United telah membelanjakan sekitar 140 juta pound sterling membawa masuk pemain baharu termasuk Romelu Lukaku dan Victor Lindelof.

"Nemanja adalah pemain Manchester United dan anak buah Jose Mourinho. Dia mewakili apa yang kami mahukan dalam bola sepak, kesetiaan, konsisten, cita-cita dan pemain dalam satu pasukan.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepadanya kerana menyertai kami kerana tanpa itu, mustahil untuk memilikinya. Saya yakin pemain dan penyokong kami akan menyayanginya. Selamat datang kepada pemain No 31 kami," kata Mourinho dalam laman web United.

Matic pernah menjulang trofi Liga Perdana Inggeris ketika Chelsea di bawah kendalian Mourinho.

"Saya amat berbangga menyertai United. Untuk bekerjasama dengan Mourinho semula merupakan satu peluang yang tak boleh ditolak," kata pemain berusia 28 tahun itu.

Nemanja Matic, Manchester United

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain