suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Giliran Liverpool Cuba Nasib

SELEPAS tiga kali usaha Arsenal mendapatkan khidmat bintang AS Monaco, kini giliran Liverpool pula mencuba nasib yang sama.

Menurut laporan media Perancis, Jurgen Klopp sedia mengeluarkan belanja yang besar untuk memancing Thomas Lemar ke Anfield pada musim depan sebagai persediaan kehilangan Philippe Coutinho.

Ini kerana Countinho dikaitkan dengan perpindahan ke Barcelona dan berkemungkinan besar pemain kelahiran Brazil itu tidak menolak tawaran lumayan tersebut.

The Catalan dijangka mengemukakan tawaran sebanyak 80 juta pound sterling untuk pemain Liverpool itu.

Lemar dilihat sebagai pengganti yang sesuai selepas menjaringkan 19 gol dalam 90 penampilan bersama Monaco sejak menyertai kelab itu pada 2015.

Namun Arsenal terlebih dahulu mengemukakan tawaran tetapi gagal selepas kali ketiga mencuba dengan nilai 44.7 juta pound sterling, The Gunners dikatakan masih belum berputus asa membawa Lemar ke Emirates. - Metro.uk


Liverpool, Thomas Lemar, Arsenal

Artikel Sebelum

Artikel Lain