suria

Mourinho Arah United Dapatkan Pemain Sayap Selepas Matic

JOSE Mourinho mahu Manchester United mendapatkan seorang lagi pemain selepas kelab itu berjaya membawa Nemanja Matic ke Old Trafford.

Matic dijangka diumumkan sebagai pemain ketiga yang dibeli United pada jendela pemindahan pemain kali ini dengan nilai sebanyak £40 juta.

Bagaimanapun, Mourinho dilapor perlu memperkemaskan lagi barisan pemain tengah dengan mendapatkan khidmat pemain sayap baharu.

Berikutan itu, Daily Telegraph melaporkan, Mourinho telah memberitahu ketua eksekutif kelab berkenaan bahawa dia mahukan Ivan Perisic sebagai pemain seterusnya yang perlu dibeli.

Pemain Croatia itu dianggar bernilai £49 juta.

Laporan itu juga menyebut, United turut mahukan Gareth Bale jika gagal dapatkan Perisic, namun, Real Madrid tidak akan menjualnya sehingga mereka berjaya dapatkan Kylian Mbappe dari Monaco.

Mengenai masa depan Perisic, Luciano Spalletti memberitahu, Inter Milan belum mendapat tawaran berbaloi setakat ini.


Artikel Berikut

Artikel Lain