suria

Lagi Spekulasi Neymar Ke PSG

Rakaman menunjukkan Neymar memegang dua baju Real Madrid selepas dikatakan mengucapakan selamat tinggal kepada pemain kelab berkenaan. Foto Mail Online

SPEKULASI  mengenai masa depan Neymar terus bertiup kencang selepas beliau dilihat menghabiskan masa selama 15 minit di bilik persalinan Real Madrid susulan kemenangan Barcelona 3-2 di Miami.

Pemain kelahiran Brazil itu dikaitkan dengan tawaran kontrak Paris Saint Germain (PSG) bernilai £196 juta (RM1.1 bilion) selepas mendapatkan baju daripada pemain Real Madrid, Sergio Ramos dan Casemiro pada Sabtu malam.

Menurut laporan media di Sepanyol, Neymar dikatakan muncul untuk mengucapkan selamat tinggal kepada rakan-rakan seterunya.

Penyiar, Ncuatro turut merakamkan pemain berusia 25 tahun itu menghabiskan masa bersama bekas pemain Real Madrid dan penyerang Brazil, Julio Baptista selepas tamat perlawanan di Stadium Hard Rock.

Jika ia merupakan imej-imej terakhir Neymar sebagai pemain Barcelona maka Ramos percaya ia hanya menjadi perkara yang baik buat rakannya dan pengurus Real Madrid, Zinedine Zidane.

Bercakap kepada pemberita, Ramos memberikan jawapan diplomatik ketika ditanya mengenai pandangannya berhubung masa depan Neymar.

"Saya tidak tahu, semua orang bebas untuk memilih masa depan mereka.

"Saya harap (Neymar berhijrah). Masalah kami akan berkurangan," tambah Ramos dipetik sebagai berkata dalam laporan Goal.

Neymar yang merupakan penyerang Barcelona itu dilaporkan bersetuju dengan tawaran kontrak PSG dan perpindahannya akan dimuktamadkan pada minggu ini.

Masa depan pemain Brazil itu hangat diperkatakan sejak akhir-akhir ini selepas dia mendedahkan mahu meninggalkan Nou Camp kerana inginkan cabaran baharu. - Mail Online

Artikel Sebelum

Jun Hao Juara Remaja Asia

Artikel Berikut

Artikel Lain