suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

F1: Sebastian Vettel Juarai GP Hungary

SEBASTIAN Vettel (gambar) menjulang piala kemenangan pada perlumbaan Formula 1 di Hungary sekaligus mengenepikan rakan sepasukannya, Kimi Raikkonen dan Lewis Hamilton.

Vettle pada awalnya kelihatan lebih perlahan berbanding kedua-dua pesaingnya tetapi mujur pacuan kesayangannya (Ferrari) berjaya mencipta magis apabila pintasan ke atas Raikkonen di Hungaroring berjaya dilakukan walaupun nampak mustahil.

Raikkonen menduduki tempat kedua dan Hamilton akhirnya terpaksa berpuas hati di tempat ketiga.

"Saya rasa seperti berada di bulan.

"Nampak macam biasa sahaja, tapi sebenarnya perlumbaan ini sangat sukar," kata Vettel.

Pelumba yang berasal dari Jerman itu hanya sekali sahaja pernah bergelar juara di Hungary (2015) dan ini merupakan kemenangannya kali keempat untuk musim ini selepas berjaya di Australia, Bahrain dan Monaco.

Kejayaan itu membuatkan status juara kali ke-46 yang disandangnya meletakkan Vettel pada kedudukan yang sama dengan Hamilton untuk menjuarai musim ini.

Ia juga bermaksud pelumba tersebut telah mara setapak lagi dalam arena perlumbaan bertaraf dunia selepas memungut 14 mata di depan pelumba dari England itu.

Vettel bakal menikmati gelaran juara dunia Formula 1 itu bagi tempoh empat minggu akan datang. - The Guardian

Sebastian Vettel, F1

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain