suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Matic Bakal Sertai Man United?

Gambar Nemanja Matic berpakaian kit latihan Manchester United.

JOSE Mourinho mengesahkan Nemanja Matic benar-benar mahu menyertai Manchester United selepas pendedahan sekeping gambar pemain itu menjalani pemeriksaan perubatan di kelab itu.

Pemain tengah Chelsea itu dijangka memuktamadkan perjanjian bernilai £40 juta (RM225 juta) untuk bergabung semula dengan Mourinho di bawah pasukan yang sama, dalam waktu terdekat.

Memetik laporan Sportsmail, difahamkan bahawa gambar tersebut menunjukkan Matic dalam berpakaian kit latihan Manchester United.

Bagaimanapun, bercakap selepas kemenangannya dalam perlawanan persahabatan ke atas Valerenga di Oslo dengan 3-0, Mourinho enggan mengesahkan bahawa perpindahan itu telah dimuktamadkan.

"Saya sedang menunggu berita itu," katanya.

"Saya tahu dia (Matic) mahukannya teramat sangat. Bila seorang pemain mahukannya teramat sangat, peluangnya adalah lebih besar.

"Saya fikir kita mempunyai peluang tetapi di dalam bola sepak kena tunggu sehingga ia rasmi," kata Mourinho. - Mail Online

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain