suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Fellaini Bukan Untuk Dijual!

Marouane Fellaini. Foto Reuters

JOSE Mourinho menyangkal spekulasi mengenai Marouane Fellaini akan meninggalkan Manchester United untuk berhijrah ke Galatasaray.

Sebaliknya Mourinho menyatakan bahawa peluang adalah lebih besar baginya menyertai kelab bola sepak Turki itu berbanding pemain tengah berkenaan.

Fellani menjaringkan gol pertama buat Manchester United menerusi kemenangan 3-0 ke atas Valerenga pada Ahad.

Pengarah sukan Galatasaray, Cenk Urgin menyuarakan hasrat mereka untuk mendapatkan pemain berusia 29 tahun itu.

Bagaimanapun, Mourinho menegaskan bahwa Fellaini kekal dalam kelab di bawah pimpinannya.

Beliau berkata: "Adalah lebih mudah bagi Galatasaray untuk mendapatkan saya berbanding Marouane." 

"Marouane - lupakanlah. Dia amat penting buat saya." - Mail Online

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain