suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Torres Bahagia Di Atletico Madrid

FERNANDO Torres (gambar) mendedahkan bahawa dia ingin bersara di Atletico Madrid kerana hanya kelab itu yang membuatkan bintang Sepanyol itu benar-benar bahagia.

Torres memasuki carta pemain disegani ketika bersama Atletico dan bergelar kapten pasukan ketika berusia 19 tahun.

Pada usia 23 tahun, Torres berpindah ke Liverpool sebelum meneruskan langkah ke Chelsea dan AC Milan dan akhirnya kembali ke Atletico.

Pada hujung musim lalu, Torres menandatangani kontrak baharu untuk menyambung khidmatnya selama setahun lagi dan berhasrat untuk terus kekal biarpun sedang diintai Mexico.

"Di sini tempatnya saya rasa betul-betul bahagia," kata Torres.

"Saya di rumah. Saya kembali ke Atletico selepas lapan tahun dan di sini saya rasa gembira.

"Keiinginan saya adalah bermain untuk Atletico dan bersara di sini di samping memenangi trofi serta membantu pasukan terus menjadi antara yang terbaik di Eropah.

"Itu sahaya pilihan yang ada di dalam fikiran saya buat masa sekarang," katanya. - Eurosport

Fernando Torres

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Skuad Penyu Berputih Mata

Artikel Lain