suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pra Musim: Barca Menang Tipis Ke Atas Real Madrid

PERLAWANAN persahabatan di antara Barcelona dan Real Madrid bukan sekadar aksi biasa.

Ia dibuktikan apabila Stadium Hard Rock di Miami penuh dengan kehadiran 66,014 penonton.

Pastinya kelibat pemain-pemain bintang menjadi tumpuan seperti Lionel Messi yang membuka jaringan seawal minit keempat permainan untuk Barcelona.

Real Madrid turun tanpa Cristiano Ronaldo yang masih bercuti memberi saingan maksimum ketika bertemu anak buah Ernesto Valverde itu.

Barca berjaya mendominasi permainan apabila Ivan Rakitic menambah jaringan kedua (minit ke-7) sebelum Mateo Kovacic merapatkan jurang gol.


Marco Asensio menyamakan kedudukan Madrid minit ke-36.

Namun babak kedua menyaksikan saingan lebih sengit, namun Barcelona lebih bernasib baik apabila berjaya mencatat gol kemenangan menerusi Gerard Pique minit ke-50.

Keputusan kekal 3-2 sehingga wisel akhir dibunyikan.

Barcelona, Real Madrid

Artikel Sebelum

Skuad Penyu Berputih Mata

Artikel Berikut

Artikel Lain