suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemain Chelsea Ikut Mourinho

PERPINDAHAN pemain Chelsea ke Manchester United dijangka selesai minggu hadapan.

Chelsea membenarkan  pemain berusia 28 tahun itu menyertai pesaing mereka di Old Trafford dengan nilai perpindahan sebanyak 40 juta pound.

Matic tidak mengikuti skuad The Blues dalam siri jelajah pra musim ini sekaligus menyaksikan perpindahan bakal berlaku dalam tempoh terdekat ini.


Malah Matic akan kembali menyertai bekas jurulatih Chelsea Jose Mourinho di Manchester United yang cuba mendapatkannya sejak musim lalu.

Mourinho mensasarkan sekurang-kurangnya mengikat empat pemain baharu musim depan.

Sebelum ini dia berjaya mendapatkan Victor Lindelof dan Romelu Lukaku.

Manakala Mourinho turut mengintai pemain Inter milan Ivan Perisic , namun belum mencapai persetujuan harga yang ditawarkan 50 juta pound atau bersama pakej Anthony Martial.

"Ia bergantung kepada situasi. Jika kelab tidak boleh membeli dua pemain dan hanya satu sahaja, saya terima kerana ia berdasarkan harga pasaran terkini," jelas Mourinho.

Nemanja matic

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain