suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dia Kekal Di Sini - Wenger

ARSENE Wenger sekali lagi menegaskan bahawa Alexis Sanchez tidak akan ke mana-mana menjelang musim baharu nanti.

Wenger mengesahkan pemain antarabangsa Chile itu akan kembali menjalani latihan bersama skuad pada Selasa ini.

Sanchez yang sepatutnya kembali ke Stadium Emirates pada Ahad, namun terpaksa ditangguhkan kerana mengalami selsema.

Sanchez memuat naik gambar di laman Instagramnya pada Sabtu dengan kapsyen 'sick'.

"Ya, dia mengalami selsema. Saya ada menghubungi menerusi teks semalam.

"Dia akan kembali secepat mungkin. Doktornya memberitahu tidak ada masalah serius dan sepatutnya akan tiba esok, tetapi  dia akan menyertai kami hari Selasa nanti," ujarnya.

Arsene Wenger

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain