suria

Griezmann Pilihan Barcelona Untuk Ganti Neymar?

ANTOINE Griezmann (gambar) kini menjadi sasaran utama Barcelona untuk menggantikan Neymar yang dikhabarkan akan menyertai pasukan Paris Saint Germain (PSG).

Lapor Mail Online, bintang kelahiran Brazil itu semakin menghampiri perpindahan sensasi musim ini yang bernilai 196 juta pound sterling (RM1.1 bilion).

Sementara itu, gergasi Sepanyol itu pula terdesak untuk mencari bintang baharu bagi membarisi tiga pemain hadapan pasukan tersebut.

Laporan Sport tentang Griezman yang akan menggantikan Neymar di Barcelona. 

Menurut laporan Sport pula, Griezmann ialah pemain kegemaran daripada hierarki Nou Champ bagi menggantikan ruang pemain Brazil itu untuk musim akan datang.

Terdahulu, bintang Perancis itu dijangka akan menyertai Manchester United sebelum bos Atletico Madrid, Diego Simeone dipintas dengan embargo perpindahan.

Namun, laporan daripada media Sepanyol mendakwa Griezmann menjadi calon pilihan Ernesto Valverde dan mereka akan memberi keutamaan kepada bintang Atletico itu.

Antoine Griezmann

Artikel Sebelum

Monaco Cuba 'Goda' Barca

Artikel Berikut

Artikel Lain