suria

Monaco Cuba 'Goda' Barca

Mbappe. -fotoGETTY

MONACO dilaporkan menaikkan harga permintaan Kylian Mbappe kepada £178 juta dan mahu Barcelona menyaingi Real Madrid dalam saingan mendapatkan penyerang itu sebelum jendela perpindahan ditutup.

Pemain antarabangsa Perancis itu menjadi tajuk utama sepanjang musim panas ini selepas menjalani musim lalu yang mengagumkan, menyaksikan dia menjaringkan 26 gol dalam 44 perlawanan untuk membantu kelabnya meraih gelaran Ligue 1.

Baru berusia 18 tahun, Mbappe dianggap sebagai salah seorang bakat muda paling menarik dan mampu memecahkan rekod perpindahan dunia jika dia berhijrah musim panas ini.

Madrid telah lama mengintai anak muda ini, tetapi dia juga turut menarik minat Arsenal, Manchester City dan Paris Saint-Germain.

Minggu lepas Madrid didakwa akhirnya telah bersetuju dengan perjanjian £161 juta dengan Monaco untuk menandatangani Mbappe, tetapi kini sekali lagi perpindahan ini masih menimbulkan keraguan.

Dengan Barcelona berisiko kehilangan Neymar dengan perpindahan £197 juta ke PSG, Monaco dilaporkan berharap dapat menggoda gergasi Catalan itu untuk merampas impian Madrid untuk mendapatkan pemain bintang mereka.

Menurut Daily Mail, mereka juga telah menaikkan harga permintaan Mbappe kerana mereka percaya Barca mungkin menjadi pasukan lebih baik untuk meletakkan yuran yang lebih tinggi disebabkan adanya kemungkinan penjualan Neymar.

Walaupun City juga dijangka akan menyaingi tawaran Madrid sebanyak £161 juta, kini kelihatan semakin mungkin bahawa kelab-kelab Liga Perdana Inggeris tidak mampu berbelanja  besar disebabkan oleh skala wang.

Barcelona mungkin masih memandang pelaburan untuk pemain muda dengan wang jualan Neymar sebagai risiko  tetapi rancangan Madrid pastinya akan menjadi motivasi untuk mereka.

Monaco secara terbuka menegaskan mereka tidak akan menjual Mbappe, setelah melihat banyak pemain terbaik mereka seperti Tiemoue Bakayoko, Bernardo Silva dan Benjamin Mendy diserbu oleh kelab utama musim panas ini.

Mereka juga terus menentang minat dari Arsenal dan Liverpool untuk mendapatkan pemain sayap berusia 21 tahun Thomas Lemar.

Mbappe, rekod dunia, Neymar

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain