suria

Nidzam Kurang Gembira

KETIKA skuad Kedah menerima khabar gembira tentang kepulangan pemain muda yang baru selesai berkhidmat untuk negara, Mohd Nidzam Adzha Yusof ternyata tidak merasai perasaan sama selepas mengetahui tahap kecergasan mereka.

Syafiq Ahmad, Ifwat Akmal Che Kassim dan Muhd Akhyar Abdul Rashid, antara pemain muda yang terlibat dalam aksi skuad kebangsaan, disahkan mengalami kecederaan selepas beraksi di pusingan kelayakan Piala Asia Bawah 23 Tahun di Bangkok dan terpaksa direhatkan daripada menjalani latihan petang Selasa.

Bagaimanapun Mohd Nidzam masih mempunyai pilihan apabila Akram Mahinan telah pulih daripada kecederaan dan sedia untuk diturunkan.

"Cuma Farhan Roslan yang masih berusaha mengatasi kecederaan yang dialami ketika beraksi pada perlawanan Piala Malaysia di Kota Bharu Selasa lalu. Yang lain nampak telah pulih.

"Apa pun saya masih mempunyai pilihan untuk menamakan ksebelasan terbaik apabila menentang Kelantan dalam aksi Liga Super di Stadium Darul Aman.

"Kita juga telah melakukan persediaan sebaik mungkin sama ada fizikal dan mental untuk perlawanan kali ini, kerana kita juga telah melalui satu fasa dengan jadual padat serta kekurangan pemain," katanya kepada mStar Online.

Menurut Nidzam, Kelantan bukanlah lawan yang mampu di atasi dengan mudah dan hal ini sudahpun dibuktikan oleh skuad Red Warriors dalam aksi Piala Malaysia apabila Kedah ditundukkan 1-3.

Jelasnya, hanya kutipan tiga mata penuh di Stadium Darul Aman pada Rabu mampu menjamin kedudukan pada tempat kedua dikekalkan.

“Insya-Allah kemungkinan besar saya mampu menggunakan lima pemain yang baru pulang setelah bersama pasukan kebangsaaan untuk beraksi perlawanan Liga Super bertemu Melaka di Stadium Hang Jebat pada 29 Julai depan.

"Ini kerana ketika itu saya yakin mereka mampu mengatasi kecederaan mereka dan bersedia untuk beraksi semula pada Liga Malaysia.

“Pemain saya perlu memastikan yang mereka tidak melakukan kesilapan yang sama ketika beraksi di Kota Bharu Selasa lepas kerana barisan serangan lawan mampu menghukum kita untuk mengecewakan kita di hadapan peminat kita sendiri.

“Saya yakin sorakan lebih 25,000 penyokong di Stadium Darul Aman mampu membangkitkan semangat barisan pemain Kedah bagi memastikan kemenangan yang diharapkan oleh pihak pengurusan dan juga peminat setia pasukan,” kata Nidzam.

Kedah, Nidzam Adha Yusof

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain