suria

JDT Semakin Dikenali Dunia - TMJ

Tunku Ismail bersama trofi juara Liga Perdana Inggeris yang dijulang kelab Chelsea musim lalu. Foto kredit: Johor Southern Tigers.

PETALING JAYA: Juara Liga Super 2016, Johor Darul Ta'zim (JDT) bakal melebarkan sayap penjenamaan kelab itu ke peringkat antarabangsa apabila dijangka menerima penajaan syarikat minuman air tenaga terkemuka Thailand.

Syarikat Carabao Group Public Co. Ltd  yang merupakan antara penaja utama juara Liga Perdana Inggeris, Chelsea, dilaporkan sedia menaja JDT dan negeri Johor.

Perkara itu disampaikan sendiri oleh pemilik JDT, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang menyatakan keterujaan beliau teruja apabila dimaklumkan bahawa pemilik syarikat itu, Pairoj Piempongsant menyedari potensi yang dimiliki oleh JDT.

"Saya begitu teruja apabila kelab kecil yang telah kita bina selama ini mencipta sejarah setiap hari dan juga semakin dikenali dunia serta ada 'world top brand' yang berkeinginan untuk menaja kita.

"Beliau (Piempongsant) akan datang ke Johor pada bulan Ogos ini untuk melihat pelan stadium baharu JDT dan juga pelan kelab bola sepak JDT. Beliau amat berminat untuk menaja JDT.

"Saya juga telah berjumpa dengan Menteri Luar Singapura Dr. Vivian Balakrishnan dan Pengerusi kelab Chelsea, Bruce Buck," jelasnya di laman Facebook Johor Southern Tigers.

Tunku Ismail juga turut mengucapkan terima kasih kepada Bruce Buck dan pihak kelab bolasepak Chelsea kerana menjemput menyaksikan perlawanan pra musim Chelsea bertemu Bayern Munich di Singapura pada Selasa malam.

Pada perlawanan tersebut, Chelsea tewas 2-3 kepada juara Bundesliga itu.

TMJ, JDT, Chelsea

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain