suria

Ronaldo Gembira Di Singapura

Ronaldo (kiri) bersama Lim di Singapura pada Jumaat.

SINGAPURA: Bintang bola sepak Cristiano Ronaldo memberitahu dia melalui hari yang baik dan menyifatkan Peter Lim sebagai seorang kawan yang hebat.

Penyerang Real Madrid itu tiba di Singapura pada Jumaat bertemu dengan jutawan terkemuka Lim di Singapura.

Ronaldo memuatnaik gambar di laman Twitter dan Facebook dengan kapsyen: "Spent (A) great time in Singapore. Look to meet with Peter Lim again soon."

Dia juga turut berkongsi gambarnya bersama Lim dengan berlatar belakangkan Marina Bay Sands. Tulisnya: "More than a partner, a great friend!".

Ronaldo tiba di Pusat Rawatan Thomson pagi Jumaat untuk bertemu Lim bersama anaknya yang baharu melahirkan bayi lelaki.

Pada Jumaat malam, kapten Portugal itu tiba di Great World City, dan turut melayan beberapa orang peminatnya dengan memberi autograf sebelum berangkat ke pejabat Lim di East Tower.

The Straits Times difahamkan, Ronaldo,32, tiba di sebuah restoran Jepun, Kuriya Dining untuk makan malam dan turut menerima layanan daripada ketua tukang masak di situ.

Ronaldo berada di Singapura sempena menandatangi perjanjian bersama Mint Media, iaitu syarikat milik Lim yang berpengkalan di Hong Kong.

Pada 2015, Mint Media diberi hak untuk menjaga hak imej Ronaldo selain kelab Real Madrid selama enam tahun.- The Straits Times / Rangkaian Berita Asia

Cristiano Ronaldo, Peter Lim

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Liverpool Ikat Robertson

Artikel Lain