suria

Hanya Satu Pilihan - Mohd Nidzam

PENGENDALI Kedah,  Mohd Nidzam Adzha Yusoff hanya memberi satu pilihan kepada pemain skuad hijau kuning apabila turun menentang Pualau Pinang dalam saingan Liga Super pada Sabtu.

Dalam perlawanan itu, pemain Kedah dituntut bangkit melakar kemenangan selepas tewas dalam perlawanan sebelum ini. 

Menurut Mohd Nidzam, pemain tidak diberi pilihan lain kerana skuad berkenaan perlu mencari mata berharga dalam memperkukuhkan kedudukan di carta liga.
 
“Saya percaya pemain akan bangkit kembali dan beraksi dengan yakin untuk melakar kemenangan yang dicari di Stadium Batu Kawan.
 
“Keseluruhannya barisan pemain  telah beraksi dengan cemerlang sebelum ini tetapi keletihan telah mengakibatkan mereka kehilangan tumpuan dan melakukan kesilapan khususnya di bahagian pertahanan.
 
“Pada perlawanman kali ini bahagian pertahanan perlu meningkatkan prestasi mereka dan  memastikan tidak mengulangi kesilapan yang telah membawa padah kepada kita.
 
“Jadual yang ketat, keletihan mental dan ketiadaan enam pemain yang bersama pasukan kebangsaan memaksa saya menggunakan pemain liga simpanan, mereka banyak membantu dan beraksi dengan baik," katanya kepada mStar Online.

Mohd Nidzam turut mengingatkan pemain Kedah supaya berwaspada dengan kebangkitan Pulau Pinang yang sedang berusaha daripada tidak tergelincir ke Liga Perdana.

“Pulau Pinang pasti akan memberi tentangan hebat dan menyukarkan lagi tugas barisan pemain kita yang mahu memastikan tiga mata penuh. 

"Tetapi itu tidak boleh dijadikan alasan kerana kita juga perlukan tiga mata dapam perlawanan kali ini," tegasnya.
Kedah, Liga Super

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain