suria

Venue PKNP FC-Negeri Sembilan Di Stadium Proton

Stadium Proton, Tanjung Malim.

PETALING JAYA:  Aksi Piala Malaysia antara PKNP FC menentang Negeri Sembilan pada Selasa akan diadakan di venue baharu iaitu Stadium Proton, Tanjung Malim, Perak.

Kerjasama Liabiliti Bola Sepak Malaysia Berhad (FMLLP) dalam satu kenyataan pada Isnin berkata permohonan PKNP FC untuk meminda lokasi perlawanan telah diluluskan.

Bagaimanapun, FMLLP mengekalkan waktu sepak mula pertemuan itu yang dijadualkan berlangsung pada pukul 4.45 petang Selasa.

Terdahulu, FMLLP mengarahkan Stadium Perak, gelanggang pasukan Perak dan PKNP FC ditutup tujuh hari bermula Sabtu.

Arahan itu mengakibatkan PKNP terpaksa bermain di venue lain untuk aksi menentang Negeri Sembilan pada Selasa ini.

Keputusan itu dibuat selepas pegawai dari Unit Pertandingan FMLLP yang membuat pemeriksaan pada 11 Julai lalu mendapati padang stadium berkenaan tidak memuaskan dan kurang sesuai untuk digunakan.

Sehubungan itu, Stadium Perak akan ditutup sehingga 21 Julai ini untuk kerja baik pulih sebelum aksi Liga Super antara Perak menentang Felda United pada 22 Julai.

PKNP FC, Piala Malaysia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain