suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua Tiket Separuh Akhir Milik Gua Musang, Alor Setar

Aksi PBFW Gua Musang (merah) ketika bertemu Trolak bagi merebut tiket ke separuh akhir Piala Pengerusi Felda 2017.

PETALING JAYA: Dua tiket separuh akhir Piala Pengerusi Felda 2017 terjawab selepas aksi peringkat kumpulan yang ditangguh pada Mei bersambung pada Sabtu lalu.

Persatuan Bolasepak Felda (PBFW) Gua Musang dan Alor Setar mengesahkan tiket masing-masing.

Gua Musang mengesahkan salah satu tiket dari Kumpulan A apabila mengumpul 10 mata selepas kemenangan ke atas Trolak.

Kemenangan 1-0 skuad kendalian Tuan Addni Engku Abd Rahman sudah cukup untuk mereka meraih tiga mata dan kini memberikan tumpuan kepada aksi separuh akhir penghujung bulan nanti.

"Saya gembira kami sudah menempah tiket ke separuh akhir. Peluang dan corak permainan seimbang pada perlawanan namun kami berjaya meledak satu gol yang penting.

"Cuma dalam tempoh yang ada kami perlu meningkatkan tahap kecergasan pemain selepas Ramadan dan sambutan Aidilfitri," katanya.

Kumpulan B turut menyaksikan kejayaan Alor Setar mengesahkan kemaraan sebagai empat pasukan terakhir walaupun masih berbaki satu perlawanan.

Wakil dari utara itu mengumpul 10 mata dengan Raja Alias mengumpul lapan mata dan Kuantan meraih enam mata bakal merebut satu lagi tiket ke separuh akhir.

Kejohanan membabitkan saingan 11 pasukan dari tanah rancangan Felda dan satu pasukan Akademi Bolasepak Felda (ABF) dengan dua pasukan teratas mara ke separuh akhir.


Piala Pengerusi Felda

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Hamilton Kuasai GP British

Artikel Lain