suria

Hamilton Kuasai GP British

LEWIS Hamilton merangkul juara Grand Prix British keempat berturut-turut di Silverston pada aksi Ahad.

Kemenangan itu juga menyaksikan Hamilton merekodkan kemenangan kali kelima musim ini apabila menamatkan perlumbaan di depan rakan sepasukan Mercedes Valterri Bottas dengan pemandu Ferrari Kimi Raikkonen di tempat ketiga.

Pendahulu kejuaraan Formula Satu, Sebastian Vettel dari Ferrari sekadar di tempat ketujuh selepas tayarnya pancit di akhir perlumbaan.

"Saya berasa terlalu teruja, lebih-lebih lagi melihat banyak bendera yang berkibar di sini.

"Terima kasih kepada semua yang menyokong. Dan ini adalah minggu yang sempurna.

"Pasukan amat menakjubkan, begitu juga Valtteri yang melakukan tugas baik," ujar Hamilton.

Rakaman kemenangan itu membolehkan Hamilton merapatkan jurang kepada hanya satu mata di belakang Vettel (177 mata) bagi merebut kedudukan keseluruhan pemandu.



Lewis hamilton

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain