suria

Morata Naik Angin!

PENYERANG sensasi Real Madrid, Alvaro Morata dilapor sudah setuju dengan kontrak yang ditawarkan Manchester United dan sudah memberitahu rakannya bahawa dia akan berhijrah ke Old Trafford.

Namun United dan Madrid gagal mencapai persetujuan tentang yuran perpindahan pemain Sepanyol itu apabila juara La Liga tersebut mahu jumlah 79 juta pound sterling, harga yang terlalu tinggi buat kelab Inggeris itu.

Ekoran itu, United mencapai persetujuan untuk menandatangani penyerang Everton, Romelu Lukaku dengan harga 75 juta pound sterling, lebih murah berbanding Morata.

Menurut portal Express.uk yang memetik laporan media Sepanyol, Marca, Morata mahu menyertai United dan berasa marah dengan perkembangan semasa rundingan kedua-dua kelab.

Laporan itu mendakwa, Madrid tidak akan mengurangkan harga Morata dan mana-mana kelab yang mahu mendapatkan khidmat pemain tersebut perlu menepati harga yang ditetapkan.

Namun disebalik kekecewaan itu, pemain berusia 24 tahun tersebut sedia kekal di Madrid jika gagal berhijrah ke kelab lain.

Morata dijangka kembali ke Madrid pada Isnin untuk menjalani latihan pramusim sebelum bertemu United, Manchester City, Barcelona dan Pilihan MLS All-Stars.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain