suria

Wimbledon: Saat Cemas Lutut Pemain AS Terkehel

SAAT mencemaskan ketika perlawanan Kejohanan Wimbledon melibatkan pemain perseorangan wanita Amerika Syarikat, Bethanie Mattek-Sands.

Pemain wildcard itu terpaksa diberi rawatan kecemasan selepas lututnya terkehel ketika perlawanan bertemu Sorana Cirstea.

Ketika kejadian Mattek-Sands dilihat cuba membalas pukulan pemain Romania itu, namun terjatuh dan terus memegang lutut kanannya.

Dalam masa sama, dia turut meraung kesakitan meminta pertolongan.

Menurut Cirstea, dia turut terkejut dengan kejadian yang menimpa lawannya itu.

"Anda sendiri tidak mahu melihat insiden seperti ini berlaku ke atas pemain lawan. Saya sangat terkejut melihat lututnya terkeluar.

"Saya tidak pernah lihat situasi seperti ini kecuali dalam filem.


"Malah semua yang berada di keliling gelanggang terkejut dan saya menyuruh mereka membawa pengusung atau sebagainya.

"Malah pasukan perubatan juga mengambil masa yang lama untuk tiba. Saya tidak tahu berapa lama dia berada dalam kesakitan itu, Mungkin 10,15 minit," jelasnya.

Mattek-Sands,32, merupakan pemenang lima kali grand slam dalam acara beregu.

Terkehel Lutut

Artikel Sebelum

Morata Naik Angin!

Artikel Berikut

Artikel Lain