suria

RB Leipzig Jelas Pendirian

NABY Keita menjadi sasaran utama Liverpool susulan persembahan berkualiti pada musim pertama Bundesliga bersama RB Leipzig.

Pemain tengah itu juga dilaporkan mahu berhijrah ke Anfield dan mengadakan pertemuan dengan pihak pengurusan kelab bagi merealisasikan perkara tersebut.

Namun kelab Jerman itu enggan melepaskan aset berharga mereka dan meletakkan harga sebanyak 70 juta pound sterling untuk pemain berusia 22 tahun itu.

Malah Pengarah Sukan RB Leipzig, Ralf Rangnick turut mengulangi pendiriannya bahawa tiada pemain bintang kelab itu akan disambar oleh pasukan gergasi Eropah yang lain.

"Adalah perkara normal kelab lain dengan pemain kami tetapi ini tidak menjejaskan pendirian kami.

"Kami tidak akan melepaskan mana-mana pemain utama meninggalkan kelab ini.

"Tiada apa yang dapat menggugat kami," katanya.

Keita memiliki kontrak bersama Leipzig sehingga Jun 2020 selepas menyertai kelab Jerman itu dari Salburg pada musim lepas.

Ketua Pegawai Eksekutif Leipzig, Oliver Mintzlaff menegaskan bahawa pihaknya mahu memastikan Keita tidak diganggu selepas beraksi cemerlang membantu kelab menduduki tangga kedua liga pada musim lepas.

"Ini merupakan musim kedua Leipzig di Bundesliga dan pasukan kami masih mentah dan muda," katanya. -  EXPRESS.uk

Naby Keita, Liverpool

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Zachary Anderson 'Ketar Kaki'

Artikel Lain