suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hati-Hati Gergasi Merah!

PETALING JAYA: Pengendali Selangor berharap pemain-pemainnya lebih berhati-hati dalam aksi Piala Malaysia musim ini.

P.Maniam mengakui Gergasi Merah mampu mengharungi saingan musim ini dengan deretan kemenangan selepas hanya meraih seri 1-1 ke atas Terengganu pada saingan Kumpulan D Selasa lalu.

"Bagi saya, kami tak kalah. Kami berjaya mengutip satu mata dan ia masih keputusan yang baik untuk pasukan.

"Secara keseluruhan kami bermain sebagai satu pasukan dan berjaya mencipta banyak peluang untuk menjaringkan gol.

"Boleh nampak semua pemain begitu bersemangat untuk mendapatkan gol, tetapi cuma satu dan ia tidak memadai untuk meraih kemenangan.

"Kadang kala ia berlaku dalam perlawanan," ulasnya di laman rasmi Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS).


Maniam turut berharap supaya pemain pertahanan importnya, Ugochukwu Ukah lebih berhati-hati selepas ini selepas yang menghadiahkan sepakan penalti kepada lawan.

"Ukah sentiasa beraksi dengan baik, tetapi situasi ini tetap berlaku. Sebagai pemain berpengalaman, saya percaya dia akan belajar sesuatu dan tidak mengulangi kesilapan sama," katanya.

Menjelang perlawanan kedua Piala Malaysia bertemu Sarawak pada Sabtu, Maniam turut mengakui ianya bukan permainan mudah.

"Kami perlu lakukan persiapan lebih baik kerana bukan mudah untuk beraksi di sana," jelasnya yang membawa Selangor ke pentas akhir tahun lalu.

P.Maniam, Selangor

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Raiola Khianati Chelsea?

Artikel Lain