suria

Raiola Khianati Chelsea?

PENYERANG utama Everton, Romelu Lukaku dikatakan sudah hampir menyertai semula Chelsea sebelum Manchester United 'merampas' pemain muda Belgium itu.

Kedua-dua kelab itu dikatakan mencari pengganti penyerang selepas Chelsea bakal kehilangan Diego Costa yang berselisih dengan pengurus Antonio Conte manakala United mahu mengisi kekosongan yang ditinggalkan Zlatan Ibrahimovic.

Lukaku dikaitkan dengan kedua-dua kelab gergasi Inggeris itu dan kemuncaknya, pemain berusia 24 tahun berkenaan dikatakan memilih Chelsea sebagai destinasi baharu musim depan.

Namun pada Khamis, United disahkan bersetuju membayar yuran perpindahan 75 juta pound sterling untuk membawa Lukaku ke Old Trafford dan ujian perubahan dijangka diadakan di Los Angeles, Amerika Syarikat, lokasi United mengadakan perlawanan pramusim.

Namun mengapa Lukaku memilih United pada saat-saat akhir dan sanggup bekerjasama semula dengan pengurus Jose Mourinho yang menjualnya kepada Everton ketika mereka berdua di Chelsea.

Mino Raiola

Laporan portal The Telegraph mendedahkan, ejen terkenal, Mino Raiola merupakan dalang sebenar mengapa Lukaku berubah hati memilih jersi merah berbanding biru.

Ini kerana Raiola memiliki hubungan yang baik dengan Red Devils dan buktiknya, Paul Pogba, Henrikh Mikhitaryan dan Ibrahimovic merupakan kliennya dan membantu pemain tersebut menyertai United.

Jelas Telegraph, United menerima maklumat daripada Raiola pada awal minggu ini bahawa usaha mendapatkan Lukaku mungkin berjaya.

Proses rundingan antara Everton dan Raiola dianggap terlalu lambat buat Chelsea, sekali gus membuatkan Conte berasa kecewa.

Selepas Raiola memberi mesej kepada United, Mourinho tidak menunggu lama untuk merampas Lukaku daripada Chelsea.

Lukaku diyakinkan oleh Raiola bahawa dia membuat pilihan yang baik dan ejen tersebut dijangka mendapat bayaran yang lumayan hasil perpindahan pemain Belgium itu.

Artikel Sebelum

Hati-Hati Gergasi Merah!

Artikel Berikut

Artikel Lain