suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

FAM Beri Lima Hari Kepada Pemain B-22

KUALA LUMPUR: Pemain Bawah 22 Tahun negara diberi tempoh sehingga 12 Julai ini untuk melapor diri dalam latihan pusat kebangsaan.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) , Datuk Hamidin Mohd Amin memberitahu, semua pemain yang dipanggil perlu berkumpul sepenuhnya minggu depan.

"Selepas saingan Liga Super, semua pemain Bawah 22 Tahun akan berkumpul sebelum perlawanan persahabatan Bawah 22 Tahun Myanmar," jelasnya ketika ditemui pada sesi latihan skuad wanita di Pusat Latihan Jeonsa, Jumaat (gambar).

Jelas Hamidin, setakat Jumaat FAM telah menerima maklum balas daripada beberapa persatuan dan kelab mengenai pelepasan pemain yang dipanggil minggu depan.

"Cuma Pahang dan Pulau Pinang sahaja yang belum beri pengesahan lagi. Saya berharap smua pihak faham dan memberi pelepasan bagi persediaan kelayakan dan Sukan SEA," katanya.

Ketika ditanya sebarang tindakan yang akan diambil sekiranya Pulau Pinang dan Pahang berkeras tidak mahu melepaskan pemain, Hamidin menjawab : "FAM tidak ada hak menjatuhkan sebarang hukuman kerana ianya tidak ada dalam kalendar Fifa.

"Cuma sekali lagi saya harapkan pemahaman semua pihak demi negara".

FAM, Liga Super, AFC

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Hati-Hati Gergasi Merah!

Artikel Lain