suria

United Sedia Labur 90 Juta Pound Sterling

Pengurus United, Jose Mourinho begitu mengagumi kehebatan Lukaku.

MANCHESTER United meniup harapan baharu dengan menawarkan 90 juta pound sterling bagi mendapatkan penyerang sensasi ke Old Trafford.

Penyerang itu tidak lain tidak bukan, Romelu Lukaku yang dijangka meninggalkan Goodison Park pada jendela perpindahan pemain musim panas ini selepas dia enggan memperbaharui kontraknya bersama Everton.

United dan Bayern Munich kekal bersaing untuk mendapatkan khidmat Lukaku dengan Chelsea masih belum mencapai kata sepakat dengan Everton.

Sebelum ini, Lukaku dikatakan semakin hampir untuk kembali ke Stamford Bridge.

Romelu Lukaku.

Namun laporan Daily Mail mendedahkan perjanjian tersebut masih belum dimeterai.

Chelsea begitu terdesak untuk mendapatkan penyerang baharu selepas pengurus Antonio Conte secara terbuka mengumumkan Diego Costa tidak tersenarai dalam skuadnya pada aksi musim depan.

Bagaimanapun United dan Bayern saling bersaing untuk mendapatkan khidmat Lukaku dengan ejen penyerang itu, Mino Raiola telah berhubung dengan kedua-dua kelab.

The Blues tetap berusaha untuk mendapatkan semula khidmat pemain kebangsaan Belgium itu yang dijual bernilai 28 juta pound sterling pada 2014.

Romelu Lukaku

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain