suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pogba: Fifa Siasat Juventus, United 'Bersih'

Paul Pogba

PERSEKUTUAN Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) mengesahkan mereka telah membuka 'prosiding tatatertib terhadap Juventus' berhubung perpindahan Paul Pogba, tetapi Manchester United berada dalam keadaan jelas.

Pemain tengah itu menyertai Juventus ketika kontraknya bersama Manchester United tamat pada tahun 2012 dan dijual kembali ke United pada musim panas lalu dan mencatat rekod dunia €105 juta ditambah beberapa bonus.

Walau bagaimanapun, komisen besar yang diterima ejen pemain, Mino Raiola mungkin telah melanggar peraturan pemilikan pihak ketiga.

"Kami boleh mengesahkan bahawa prosiding tatatertib telah dibuka terhadap Juventus FC. Kami tidak boleh memberi komen lanjut kerana prosiding sedang berjalan," kata jurucakap Fifa kepada ESPN.

"Kami boleh mengesahkan bahawa tiada prosiding tatatertib telah dibuka terhadap Manchester United."

Sekiranya Juve didapati bersalah melanggar peraturan pihak ketiga, mereka boleh dikenakan denda atau larangan pemindahan.

Dilaporkan Raiola membawa Pogba ke Juventus secara percuma dengan perjanjian bahawa dia akan menerima peratusan besar dari sebarang biaya perpindahan masa depan.

Paul Pogba, Juventus, Fifa

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain