suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Cukai: Mourinho Pula Jadi Sasaran

Jose Mourinho

SELEPAS Cristiano Ronaldo, pihak berkuasa cukai di Sepanyol kini sedang menyiasat Jose Mourinho.

Jurulatih dari Portugal itu dituduh melakukan penyelewengan cukai ketika menjadi jurulatih Real Madrid.

Memetik laporan Marca, Mourinho dituduh melakukan kesalahan itu dengan kerugian mencecah 3.3 juta euro.

Mourinho didakwa melakukannya ketika menjadi jurulatih Real dari tahun 2011 hingga 2012.

Untuk rekod, Mourinho membimbing kelab Sepanyol itu pada tahun 2010 hingga 2013, sebelum kemudian berpindah ke Chelsea.

Pihak berkuasa di Sepanyol dilaporkan melihat sesuatu yang tidak kena dalam laporan cukai Mourinho berhubung hak imej. Dia dituduh mendapat hasilan tambahan dengan cara tidak sah.

Mourinho sebelum ini dikatakan telah melaporkan cukainya dengan baik pada tahun 2014 dengan membayar 1.15 juta euro. Namun, selepas itu mereka melihat terdapat beberapa maklumat yang salah dalam laporan tersebut.

Dengan tuduhan ini, Mourinho menjadi individu terbaru dalam senarai nama besar di Sepanyol yang dikaitkan dengan cukai.

Nama lain yang dikaitkan dengan kes ini adalah Javier Tebas, Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo.

Jose Mourinho, Real madrid, cukai

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Dani Alves Setuju Ke City

Artikel Lain