suria

F1: Grand Prix Perancis Kembali Selepas 10 Tahun

KALENDAR perlumbaan tahun 2018 telah diumumkan biarpun saingan musim ini masih lagi rancak berlangsung.

Apa yang menarik, kalendar musim depan menyaksikan beberapa perubahan baharu yang pastinya bakal menguji ketahanan mental dan fizikal semua pelumba pasukan.

Buat pertama kalinya selepas tahun 2008, Grand Prix Perancis kembali mengisi jadual perlumbaan bagi saingan pada 24 Jun tahun depan.

Lebih sengit, minggu berikutnya perlumbaan akan diteruskan di Austria pada 1-3 Julai dan Silverstone lima hari kemudian (6-8 Julai).

Sebelum ini Fomula One tidak pernah mengisi jadual untuk tiga perlumbaan berturut-turut berikutan alasan pengangkutan, namun sebaliknya untuk musim depan.

Satu lagi litar baharu yang dimasukkan dalam jadual perlumbaan musim depan adalah Grand Prix Jerman, di Hockenheim.

Manakala perlumbaan di Litar Antarabangsa Sepang bagi Grand Prix Malaysia tiada lagi dalam senarai kalendar tahunan selepas kerajaan Malaysia menamatkan penganjuran F1 berikutan faktor ekonomi.

Senarai penuh jadual perlumbaan F1 2018:

Mac 25 - Australia (Melbourne)

April  8 - China (Shanghai) (masih dalam perbincangan)

April 15 - Bahrain (Sakhir)

April 29 - Azerbaijan (Baku)

Mei 13 - Sepanyol (Barcelona)

Mei 27 - Monaco

Jun 10 - Kanada (Montreal)

Jun 24 - Perancis (Le Castellet)

Julai 1 - Austria (Spielberg)

Julai 8 - Britain (Silverstone)

Julai 22 - Jerman (Hockenheim)

Julai 29 - Hungary (Budapest)

Aug 26 - Belgium (Spa-Francorchamps)

Sept 2 - Itali (Monza)

Sept 16 - Singapura (masih dalam perbincangan)

Sept 30 - Rusia (Sochi)

Okt 7 - Jepun (Suzuka)

Okt 21 - United States (Austin, Texas)

Okt 28 - Mexico (Mexico City)

Nov 11 - Brazil (Sao Paulo)

Nov 25 - Abu Dhabi (Yas Marina)




Jadual F1 2018

Artikel Sebelum

Dani Alves Setuju Ke City

Artikel Berikut

Artikel Lain