suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Neymar Lulus Ujian Perubatan Di Real Madrid

Neymar

PRESIDEN Real Madrid Florentino Perez berkata Neymar nyaris berpindah ke Santiago Bernabeu tetapi penyerang itu akhirnya bersama Barcelona.

Neymar berpindah dari kelab Brazil, Santos, ke Camp Nou empat tahun lalu. Pemain berusia 25 tahun itu kini menjadi jadi salah seorang pemain terbaik di dunia.

Sebelum ke Barca, Neymar menjadi buruan banyak kelab termasuklah Manchester United, Chelsea dan PSG.

Perez mengakui bahawa Neymar sebenarnya sudah berada di genggamannya tetapi pemain itu akhirnya terpaksa dilepaskan.

Sayangnya, dia tidak menjelaskan mengapa Real memutuskan untuk membatalkan pembelian Neymar.

"Neymar lulus ujian perubatan bersama Madrid. Kami cuba membawanya masuk, tapi pada satu tahap kami melihat ia tidak mungkin dan kami berundur (dari kesepakatan)," kata Perez kepada Onda Cero.

Bagaimanapun Real tetap mendapat pemain bintang lain iaitu pemain sayap Tottenham, Gareth Bale.

Neymar, Perez, Real Madrid

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain