suria

Harap Ronaldo Kembali Ke Old Trafford

Tinggal kenangan... Ferdinand (kiri) bersama Ronaldo semasa memperkuat United suatu ketika dahulu.

SELEPAS bintang sensasi Real Madrid, Cristiano Ronaldo mengumumkan hasrat untuk meninggalkan Los Blancos, rata-rata ramai yang menyokong tindakannya itu.

Terbaru, bekas rakan pasukannya di Old Trafford, Rio Ferdinand berharap agar Ronaldo kembali memperkuat Red Devils pada musim panas ini.

Ronaldo, 32, dilaporkan sudah tawar hati bersama Madrid selepas berang dengan dakwaan cuba mengelak cukai di Sepanyol.

Bintang Portugal itu turut dikatakan tidak gembira dengan tahap sokongan yang diterima daripada kelab itu walaupun Presiden Florentino Perez yakin Ronaldo akan membersihkan namanya.

Ditanya mengenai potensi Ronaldo kembali ke United, Ferdinand ketika ditemubual Manchester Evening Nes berkata:"Saya harap dia akan kembali."

"Saya adalah penyokong setia Man United dan anak-anak saya amat menyukai Ronaldo. Saya harap dia akan kembali. Tetapi adakah dia benar-benar akan meninggalkan Real Madrid? Saya tidak tahu," kata Ferdinand.

Selain United, kelab gergasi Perancis, Paris Saint-Germain turut berminat untuk memburu Ronaldo.

Namun Perez menegaskan Ronaldo akan kekal sebagai pemain Madrid dan dinilai berharga 1 bilion pound sterling oleh kelab La Liga itu.

"Klausa untuk Ronaldo bernilai 1 bilion pound sterling. Kami belum menerima apa-apa tawaran terhadap Ronaldo.

"Semua ini amat aneh, Ronaldo adalah lelaki yang baik. Saya akan bercakap dengan Ronaldo dan lihat apa yang akan berlaku.

"Saya akan sentiasa mempertahankan Ronaldo sebagai individu dan pemain bola sepak. Dia lelaki yang baik," katanya.

Cristiano Ronaldo, Rio Ferdinand

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain