suria

Melaka United Umum Jurulatih Baharu

PETALING JAYA: Melaka United akhirnya menemui jurulatih baharu bagi menggantikan Eric Williams selepas prestasi tidak menentu pasukan berkenaan.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka (Musa), Datuk Mohd Yusoff Mahadi mengesahkan jurulatih kelahiran Portugal, Eduardo Almeida dijangka tiba di Melaka pada Rabu bagi perbincangan seterusnya.

Eduardo Almeida

"Almeida pernah melatih kelab T-Team sebelum ini dan dia sudah biasa dengan budaya dan pemain-pemain tempatan.

"Secara dasarnya kedua-dua pihak sudah bersetuju, namun esok petang dia dijangka tiba di sini (Melaka) bagi berjumpa dengan semua jurulatih lain dahulu," ujarnya ketika dihubungi mStar Online pada Selasa.

Mohd Yusoff berkata, pihaknya perlu bersemuka dengan Almeida terlebih dahulu untuk memastikan dia faham kehendak kelab.


"Dalam telefon dia sudah bersetuju dengan tawaran, tetapi kami perlu berjumpa dengannya terlebih dahulu jika dia boleh atau tidak membawa Melaka United.

"Ini amat penting kerana pusingan kedua liga semakin sukar dan saya mahu semuanya berjalan lancar, dengan persetujuan jurulatih-jurulatih lain di sini," tambahnya.

Selain itu, pada Isnin skuad Hang Tuah itu turut mengumumkan lapan muka baharu termasuk tiga pemain import bagi memastikan perubahan positif sebaik sahaja liga bersambung.

Pasukan Melaka United kini berada di zon penyingkiran Liga Super selepas berada di tempat ke-11 carta Liga Super menerusi perbezaan gol, walaupun  berkongsi 11 mata dengan pasukan di tangga kesembilan dan ke-10, iaitu PKNS  FC dan Sarawak.

Selepas mengharungi 13 perlawanan, bekas juara Liga Perdana musim lepas itu  hanya menang dua  perlawanan, selain seri lima kali dan tewas enam kali.

Manakala jumlah bolos ialah 28 berbanding hanya 13 jaringan.

Sebagai rekod, Almeida,39,  merupakan bekas pengurus kelab Angrense (2016), Pinhalnovense (2015-16), Lanexang United (2014-15), African Lyon, Kozarmisleny, T-Team (2013-14), Benfica (B-16) serta penolong pengurus bagi pasukan Real (2010-2011), Naval (2011-2012). 



Eduardo Almeida

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain