suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Chelsea Kenal Pasti Pengganti Hazard

CHELSEA percaya Real Madrid akan membuat bidaan tertinggi untuk mendapatkan Eden Hazard pada musim panas ini dan berikutan itu kelab berkenaan telah melakukan persediaan sebaik mungkin.

Walalupun Hazard banyak mengalami kecederaan pada musim ini namun ia tidak menghalang Presiden Real, Florentino Perez untuk membawanya ke Madrid.

Akhbar Itali melaporkan, Perez sedia membelanjakan sebanyak £90 juta untuk mendapatkan Hazard untuk menghadapi musim depan.

Berikutan itu, Chelsea yang juga kelab gergasi England tidak akan berdiam diri sebaliknya akan membawa pengganti setimpal di posisi penting tersebut.

Pengendali Chelsea, Antonio Conte dikatakan telah membuat perancangan untuk mendapatkan Lorenzo Insigne (gambar bawah) bagi menggantikan Hazard.

The Blues percaya mereka hanya perlu membayar sebanyak £45 sahaja untuk mendapatkan pengganti Hazard yang lebih baik.\



Chelsea, Manchester United

Artikel Sebelum

Artikel Lain