suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Seorang Lagi Pertahanan Tengah Akan Tiba Di Old Trafford

JOSE Mourinho telah mencapai persetujuan dengan Benefica untuk mendapatkan pertahanan baru, Victor Lindelof, namun jurulatih itu dilapor sedang berusaha membawa seorang lagi pertahanan tengah.

Pengendali kelahiran Portugal itu mendapat kritikan hebat terhadap sistem pertahanan Manchester United pada musim ini khususnya apabila menurunkan gandingan Phil Jones - Chris Smalling.

Malah dia bertambah runsing apabila duo Eric Bailly - Marcos Rojo yang menjadi sandaran utama turut cedera sehingga ke akhir musim.

Berikutan itu, menurut akhbar Jerman, Bild, United sedang berusaha untuk mendapatkan pertahanan Borussia Dortmund, Sokratis Papastathopoulos.

Pemain kebangsaan Greece itu turut menjadi rebutan Chelsea yang sedang mendapatkan maklumat penebusan kontrak bagi membawa pemain berkenaan ke Stamford Bridge.

Menurut pasukan pemantau bakat, Sokratis (gambar bawah) mempunyai kelebihan pertahanan yang diperlukan di Liga Perdana Inggeris.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain