suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gaya Rambut Baharu Ronaldo

SEHARI selepas membantu Real Madrid menjulang trofi Liga Juara-Juara, awal pagi Ahad, Cristiano Ronaldo tampil dengan gaya rambut baharu.

Malah, bekas pemain Manchester United itu turut berkongsi imej baharunya itu di laman Instagram.

"Anda sukakannya?," tanya Ronaldo kepada kira-kira 103 juta pengikutnya.

Ronaldo muncul wira Real selepas menjaringkan dua gol ketika pasukan itu menundukkan Juventus 4-1 pada aksi final di Cardiff.

Malah Ronaldo yang menyertai ahli keluarganya di atas padang sejurus tamat perlawanan itu berkata menjaringkan dua gol menjadikan dia kelihatan seperti 'budak muda'.

"Ia satu lagi musim yang hebat. Saya melalui musim yang menakjubkan memenangi trofi La Liga dan Liga Juara-Juara," katanya.

Menerusi tinjauan di laman Instagram Ronaldo, gambar terbaharu itu mendapat kira-kira lebih 4 juta likes selepas dimuatnaik kira-kira 14 jam lalu.

Cristiano Ronaldo

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain