suria

Morata, Varane Jadi Umpan

REAL MADRID sedia mempertimbangkan untuk melepaskan dua pemain bintangnya bagi mendapatkan penjaga gol Manchester United, David de Gea.

Menurut laporan media Sepanyol, juara Liga Juara-Juara itu terdesak untuk membawa de Gea ke Madrid dan menjadikan pemain itu sebagai sasaran utama pada jendela perpindahan.

Namun United enggan melepaskan penjaga gol kesayangan peminat itu dan cuba menolak sebarang tawaran daripada Real Madrid termasuk meletakkan harga setinggi 80 juta pound sterling ke atas pemain berkenaan.

Susulan itu, Madrid cuba memancing United dengan menawarkan dua bintangnya, Alvaro Morata dan Raphael Varane sebagai pertukaran dengan De Gea.

United dikaitkan dengan Morata dan Varane pada minggu lalu, dan Real Madrid melihat peluang untuk menggunakan dua pemain tersebut sebagai umpan mendapatkan penjaga gol mereka.

Jika digabungkan, harga Morata dan Varane amat tinggi dan sukar ditolak oleh Jose Mourinho jika tawaran sedemikian dikemukakan.

Mourinho pernah mengemudi Real Madrid sebelum ini dan membimbing Varane serta sedia membawa pemain pertahanan itu ke Old Trafford. - Metro.uk

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain