Tiket KL2017 Mula Dijual Selepas Aidilfitri - Sukan SEA 2017 | mStar

Tiket KL2017 Mula Dijual Selepas Aidilfitri

Saravanan (kiri) menanam tunas pokok 'Damar Minyak' bagi menyempurnakan aktiviti hijau pada Majlis Pelancaran Inisiatif Hijau KL2017 di Taman Botani Perdana pada Isnin. fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Jualan tiket bagi temasya Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9 (Kuala Lumpur 2017) akan mula dijual selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri bulan depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Jawatankuasa Pengelola Malaysia (MASOC) Kuala Lumpur 2017, Datuk Seri Zolkples Embong berkata MASOC telah menetapkan beberapa jenis sukan yang akan dikenakan tiket serta acara-acara yang tidak dikenakan bayaran.

"Acara sukan yang berlangsung di dalam dewan dan beberapa sukan popular akan dikenakan bayaran," katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran Inisiatif Hijau Kuala Lumpur 2017 yang telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M. Saravanan.

"Ia termasuk beberapa venue di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) yang mana venue berkenaan tidak boleh menampung jumlah penonton yang rama...jadi kita kenakan bayaran sebagai salah satu cara untuk mengawal penonton yang hadir," kata Zolkples.

Acara sukan yang tidak akan dikenakan bayaran tiket pula adalah sukan yang kurang popular seperti tinju dan angkat berat.

"Kita memerlukan sokongan daripada penonton untuk memeriahkan lagi acara sukan berkenaan dan jika kita kenakan bayaran, kemungkinan tiada orang akan memenuhi venue dan itu tidak mencapai matlamat asal kita," katanya.

Zolkples menjelaskan upacara pembukaan dan penutupan juga turut akan dikenakan bayaran kerana menurutnya upacara berkenaan bakal menyediakan persembahan yang hebat dan gilang gemilang.

"Jadi kita jangkakan ramai yang akan datang menyaksikan acara tersebut dan kita telah memutuskan untuk mengenakan bayaran," katanya. - BERNAMA

KL2017

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

Artikel Lain