suria

Hanya Seminggu - Kafa

PETALING JAYA: Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) hanya mempunyai tempoh seminggu bagi menyelesaikan pelbagai isu yang timbul dalam kelab tersebut.

Pemangku Presiden Kafa, Datuk Seri Afandi Hamzah memberitahu perjumpaan bersama Kerjasama Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) pada Isnin telah mencapai kata sepakat mengenai beberapa isu yang timbul.

"Kami saling memberi pendapat dan berkongsi pandangan mengenai isu yang berlaku.

"Lebih jelas lagi kami perlu melengkapkan beberapa borang untuk proses pendaftaran pasukan," ujarnya yang enggan mengulas lanjut mengenai borang yang perlu dilengkapkan.

Ketika ditanya mengenai status pendaftaran pemain import, Afandi mengesahkan akan ada seorang lagi pemain baharu.

"Ia bergantung kepada dokumentasi yang perlu diserahkan dalam tempoh terdekat ini (sebelum 12 Jun). Pemain baharu itu Seydi L Imam, akan menggantikan Alessandro Celin.

"Manakala sebelum ini kita sudah mendaftar pengganti Mohammed Ghaddar.

"Kita juga memohon agar pertimbangkan supaya perkara ini dapat dileraikan," tambahnya.

Jelas Afandi, perbincangan ini termasuk mengenai tunggakan gaji pemain, laporan kepada Fifa, serta isu pendaftaran pemain import.

"Ia meliputi keseluruhan dan kita akan lihat segala perinciannya," ujarnya ringkas.

Kafa, Afandi Hamzah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain