suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mourinho Letak Harga David De Gea

David De Gea. -fotoREUTERS

MANCHESTER United dilaporkan telah memberitahu Real Madrid bahawa mereka akan menjual David De Gea jika pemenang Liga Juara-Juara itu membuat tawaran sekitar £80 juta.

Penjaga gol United itu terus dikaitkan dengan perpindahan ke Real Madrid sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Pemain antarabangsa Sepanyol itu hampir menyertai kelab La Liga pada 2015, tetapi masalah kertas kerja dan mesin faks membantutkan urusan perpindahan.

Bagaimanapun Real dijangka sekali lagi cuba memikat penjaga gol berkenaan sebagai pemain yang berpotensi menggantikan Keylor Navas.

Mereka telah berusaha mendapatkan David Beckham dan Cristiano Ronaldo pada masa lalu dan kini tidak mustahil bersedia untuk melakukan perkara yang sama bagi mendapatkan De Gea.

Tetapi Daily Mail mendakwa perjanjian hanya akan berlaku jika Real bersetuju membayar £80 juta.

Dikatakan bahawa Red Devils yakin mereka boleh menangkis minat Zinedine Zidane dalam usaha mengekalkan De Gea yang dianggap aset kelab di Old Trafford.

Dan Mourinho juga hanya membenarkan perjanjian itu ditandatangani jika dia mempunyai pengganti yang sesuai.

David De Gea, Real Madrid

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain