suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Real Madrid Juara, Ini Yang Anda Perlu Tahu!

Cristiano Ronaldo.-fotoREUTERS

BERIKUT beberapa fakta kemenangan Real Madrid ke atas Juventus dalam final Liga Juara-Juara 2016/17:

1. Kemenangan ini mencatatkan sejarah baharu dalam bola sepak Eropah. Real Madrid menjadi pasukan pertama yang berjaya mempertahankan gelaran selepas format perlawanan menjadi Liga Juara-Juara pada 1992/93.

2. Cristiano Ronaldo sudah menjaringkan 600 gol dalam semua perlawanan untuk kelab dan pasukan kebangsaan Portugal.

3. Penjaga gol Juventus, Gianluigi Buffon, bolos tujuh gol daripada Ronaldo di Liga Juara-Juara.

4. Juan Cuadrado menjadi pemain ketiga yang dilayangkan kad merah di final Liga Juara-Juara, selepas Jens Lehmann (Arsenal) dan Didier Drogba (Chelsea).

6. Ronaldo menjadi penjaring gol terbanyak Liga Juara-Juara pada musim ini. Penyerang berusia 32 tahun itu menjaringkan 12 gol dari 13 pertandingan atau lebih satu gol berbanding penyerang Barcelona Lionel Messi.

7. Real Madrid meraih trofi ke-12 Liga Juara-Juara,di bawahnya adalah AC Milan.

8. Dalam masa 512 hari bersama Real, Zidane telah menyumbangkan lima trofi untuk kelab ini.

9. Juventus gagal dalam final Liga Juara-Juara sebanyak lima kali berturut-turut, iaitu musim 1997, 1998, 2003, 2015 dan 2017.

Liga Juara-Juara, Ronaldo

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Real Madrid Juara Lagi!

Artikel Lain