suria

Sampaoli Tinggalkan Sevilla, Kemudi Argentina

SEVILLA mengesahkan jurulatihnya, Jorge Sampaoli telah meninggalkan kelab itu untuk mengemudi Argentina selepas wang pampasan klausa pelepasan dalam kontraknya telah diterima.

Kelab La Liga itu pada minggu lalu mengumumkan mereka telah mencapai persetujuan dengan Persatuan Bola Sepak Argentina tetapi menetapkan tarikh akhir pada 1 Jun untuk melengkapkan semua kerta kerja yang diperlukan.

Selepas wang pampasan diterima pada Khamis, Sampaoli dibebaskan daripada kontraknya dan dibenarkan untuk menyertai Argentina secara rasmi.

Malah beliau turut diperkenalkan sebagai jurulatih baharu Argentina kepada umum di kompleks latihan skuad itu di luar Buenos Aires.

"Jorge Sampaoli telah meninggalkan Sevilla FC berkuatkuasa hari ini selepas segala dokumen yang menyaksikan Sevilla menerima sejumlah pampasan yang ditetapkan dalam klausa pelepasan.

"Sevilla mengucapkan selamat maju jaya kepada Jorge Sampaoli dalam kerjaya profesional terbaharunya. Malah kami turut menghargai khidmat beliau sepanjang musim 2016-2017 di mana pasukan telah berjaya mencapai objektif kempen," kata kelab gergasi Sepanyol itu.

Jorge Sampaoli, Argentina

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain