suria

"Messi Experience Park" Di China

BINTANG bola sepak  Barcelona, Lionel Messi nampaknya bakal menceburi industri pelancongan berkaitan rekreasi, hiburan dan sukan serta akan melancarkan taman temanya di China pada tahun 2019.

Taman tema yang diberi nama "Messi Experience Park" dengan keluasan 80,000 meter persegi di Nankin, tenggara China, bakal mempunyai 20 permainan yang bakal menjadi tarikan pelancong.

Ia akan membawakan dunia Messi kepada pengunjung, dengan gandingan permainan terkini dan ruang untuk mengambil bahagian dalam sukan bola sepak.

Taman tema itu akan dikendalikan syarikat televisyen China iaitu Kumpulan Pheonix dan Leo Messi Management.

Pemenang lima kali Ballon d'Or itu merupakan bintang sukan yang menerima bayaran gaji kedua tertinggi di dunia tahun lalu.

Menurut Forbes, pemain berusia 29 tahun itu meraih pendapatan kira-kira 72.6 juta euro, ketinggalan di belakang pesaingnya, Cristiano Ronaldo yang menerima 78.6 juta euro.

taman tema, Lionel Messi

Artikel Sebelum

Artikel Lain