suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kafa Temui FMLLP Isnin Depan

KOTA BHARU: Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) akan menemui Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) pada 5 Jun ini bagi membincangkan kemelut dihadapi persatuan bola sepak negeri itu ketika ini.

Pemangku Presiden Kafa, Datuk Seri Afandi Hamzah berkata keputusan untuk bertemu pihak FMLLP diputuskan pada mesyuarat Exco Kafa di sini pada Khamis.

"Kita akui suasana kita sekarang, oleh itu kita mahu mengambil pendekatan mengadakan perbincangan lanjut berkaitan isu yang dihadapi bersama FMLLP," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Sebelum ini, Kafa berdepan beberapa kemelut bersama FMLLP antaranya berkaitan isu pendaftaran pemain import, tunggakan gaji dan pemotongan mata.

Afandi berkata perjumpaan bersama FMLLP itu akan diketuai beliau sendiri bersama Setiausaha Agung Datuk Ismail Md Noor serta barisan Exco Kafa.

"Kami fikir kemelut ini perlu ke proses perbincangan lanjut agar sesuatu keputusan yang baik dapat dicapai," katanya.

Beliau berkata mesyuarat KAFA hari ini turut membincangkan cadangan berkaitan penswastaan pasukan Kelantan pada tahun depan dengan tujuan melibatkan syarikat swasta dan penyokong dalam pengurusan Kafa, dengan pembahagian saham diagihkan 70 peratus untuk syarikat dan 30 peratus kepada penyokong.

"Memandangkan sekarang sudah masuk pertengahan musim, lebih elok kita melakukan persiapan awal.

Sebuah jawatankuasa akan dibentuk bagi memperincikan perkara tersebut (penswataan)," katanya. - Bernama

Kafa, FMLLP

Artikel Berikut

Artikel Lain