suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Zachary Anderson Geram Dan Kecewa

PEMAIN Kedah tekad untuk membawa pasukan itu ke di final Piala FA apabila turun berdepan Terengganu dalam aksi separuh akhir kedua malam Sabtu.

Pertahanan importnya, Zachary Anderson berkata, dia dan rakan-rakan ingin mencari penawar untuk kembali meletakkan Kedah sebagai sebuah pasukan digeruni seperti pada awal musim lalu.

Pemain kelahiran Australia itu memberitahu, perasaan kecewa dan geram dalam dirinya kini tidak boleh dikawal lagi selepas tidak dapat membantu skuad hijau kuning Selasa lalu.

Dalam perlawanan itu Kedah yang berjaya berada di depan pada babak pertama dengan kelebihan 3-1 gagal mempertahankan benteng pertahanan sebelum permainan berakhir diikat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) 4-4.

"Saya kecewa dan geram kerana diri sendiri tidak dapat membantu rakan-rakan ketika bertemu PKNS. Kemenangan yang menjadi milik kami pada awalnya bertukar pada akhir permainan.

"Namun perlawanan itu sudah berlalu dan rakan-rakan juga telah berjuang sebaik mungkin. Untuk perlawanan seterusnya, kami perlu menggandakan usaha dan mendapatkan kemenangan," katanya kepada mStar Online.

Menurut Zachary, kecederaan yang dialaminya telah pulih dan itu memberi harapan untuk kembali disenaraikan Ketua Jurulatih, Mohd Nidzam Adzha Yusof pada Sabtu ini.

Jelasnya, jika diberikan peluang pada perlawanan separuh kahir, dia mahu menyeru rakan sepasukan lain untuk memastikan Kedah melangkah ke perlawanan akhir.

"Saya yakin kami mampu membawa pulang kemenangan kerana pemain lain seperti Liridon Krasniqi juga dapat beraksi kembali manakala pemain simpanan telah mempamerkan kemampuan mereka.

"Disiplin yang diterapkan jurulatih perlu dipatuhi sebaik mungkin oleh saya dan rakan-rakan, dan semua perlu memberi sepenuh perhatian sepanjang permainan jika mahukan kemenangan," tegasnya.

Liga Super, Kedah, Piala FA, Terengganu

Artikel Sebelum

United Lupakan Bailly

Artikel Berikut

Artikel Lain