suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

United Lupakan Bailly

KEKECOHAN yang tercetus antara pemain United dan Calta Vigo. - REUTERS

MANCHESTER UNITED menghidupkan peluang untuk menempah slot ke Liga Juara-Juara pada musim depan selepas mara ke final Liga Europa dengan menewaskan Celta Vigo menerusi agregat 2-1 pada awal pagi Jumaat.

United mara walaupun sekadar seri 1-1 dengan Celta Vigo selepas menang 1-0 pada perlawanan aksi pertama separuh akhir Liga Europa.

Namun United terpaksa membayar harga mahal untuk layak ke perlawanan akhir tersebut apabila pertahanan kentalnya, Eric Bailly akan terlepas aksi getir pada 25 Mei ini ekoran dilayangkan kad merah pada minit-minit akhir perlawanan.

Bailly dilihat menolak penyerang kelab Sepanyol itu, John Guidetti ketika berlaku perbalahan antara beberapa pemain kedua-dua pasukan.

Seorang lagi pemain Celta Vigo, Facundo Roncaglia juga dilihat sebagai 'watak jahat' dalam kekecohan itu dan menerima nasib yang sama seperti Baily apabila diarahkan keluar padang.

Ekoran layangan kad merah itu, Bailly akan terlepas pada aksi menentang Ajax di Stockholm, Sweden.

Bos United, Jose Mourinho berkata, dia tidak melihat insiden itu tetapi menegaskan bahawa pemainnya perlu mengawal emosi ketika beraksi.

"Perlawanan itu sangat beremosi untuk setiap pemain.

"Bailly mungkin terlalu naif dalam insiden itu kerana Facundo Roncaglia bukan baharu dalam situasi tersebut.

"Kini kita kehilangan pemain paling penting dalam perlawanan akhir," katanya.

Kemenangan ke atas Ajax akan menjamin slot ke Liga Juara-Juara pada musim depan buat United memandangkan usaha memburu slot keempat dalam Liga Perdana Inggeris semakin tipis.

United kini menduduki tangga keenam liga, dipisahkan empat mata di belakang Manchester City yang menduduki tempat keempat.

Eric Bailly, Manchester United

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain